Rawatan Vitamin C+ HA Termaju PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY
Memperkenalkan penyelesaian penjagaan kulit intensif yang termaju dari segi saintifik – Rawatan Vitamin C Lanjutan + HA ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE. Dengan membebaskan serbuk vitamin C yang tulen dan segar ke dalam Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan cecair dengan Ekstrak Ceri Aserola, anda mempunyai kuasa muktamad untuk membantu menguatkan sistem sokongan kulit, memaksimumkan kandungan lembapan dan memberikan penampilan kulit lebih berisi.
KULIT BERSERI DENGAN RAWATAN LANJUTAN
Rawatan Vitamin C Lanjutan + HA ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE menangani tiga faktor utama garis ekspresi – Pergerakan, Kegebuan dan Antioksidan – dengan dua teknologi hebat, iaitu Kompleks Vita-C dan Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan. Ia diilhamkan oleh rawatan suntikan pengisi pakar dermatologi.*
*Hasil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik
MENGEMBALIKAN SEMULA PENAMPILAN PEJAL PADA KULIT
Rawatan Vitamin C Lanjutan + HA ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE terbukti secara klinikal dalam mengurangkan dengan ketara semua garis ekspresi utama termasuk kedutan pada sudut mata, garis senyum, kedutan di dahi/garis kerisauan dan garis kening/garis kerutan. Ia mengembalikan semula penampilan pejal dan penuh pada kulit untuk tampak gebu dan muda.
Perlindungan antioksidan yang kuat membantu mencegah penampilan garis yang disebabkan oleh serangan persekitaran. Penutup pengaktifan pertama jenama ARTISTRY mengekalkan ketulenan dan kuasa Vitamin C 100% tulen hingga ke saat pelanggan memulakan rawatan.
KEPEKATAN TERTINGGI VITAMIN C UNTUK ANTIPENUAAN
Rawatan Vitamin C Lanjutan + HA ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE menggabungkan Vitamin C Tulen 100% dalam penutup pengaktifan dan ekstrak ceri aserola yang diluluskan NUTRILITE di dalam serum. Kompleks Vita-C menawarkan manfaat antipenuaan berganda, perlindungan antioksidan yang berkuasa dan inovasi pembungkusan paling berkesan.
Rumusan INTENSIVE SKINCARE ini termasuk pekatan Vitamin C yang tertinggi dalam rumusan ARTISTRY. Ia bukan sekadar Vitamin C. Kompleks Vita-C kami ialah adunan pintar Vitamin C Tulen 100% yang ditempatkan di dalam penutup pengaktifan inovatif kami, ditambah dengan Vitamin C diperkuat fitonutrien yang terdapat dalam Ekstrak Ceri Aserola (daripada ceri aserola yang ditanam di ladang organik yang disahkan AMWAY) yang diluluskan NUTRILITE di dalam serum itu.
CAMPURAN ASID HIALURONIK DWITINDAKAN UNTUK KESAN GEBU DAN PENGHIDRATAN LEBIH BAIK
Rumusan Rawatan Vitamin C Lanjutan + HA ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE menjadikan kulit kekal gebu dan terhidrat dengan pekatan Hialuronik (HA) yang tertinggi dalam rumusan ARTISTRY. Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan yang dihasilkan dengan teliti berfungsi di pelbagai tahap untuk menangani kehilangan semula jadi HA yang boleh menonjolkan penampilan garis ekspresi.
Ia dipanggil “Dwitindakan” kerana ia berfungsi dalam dua cara. Saintis ARTISTRY menggabungkan polimer HA berlainan saiz yang menyasarkan tahap permukaan kulit yang berbeza dengan kesan pelengkap.
Kesan pertama ialah kegebuan serta-merta di tahap atas: Dalam tahap atas permukaan kulit, filamen HA yang lebih besar dengan “berat molekul tinggi” memberikan kesan kegebuan serta-merta. Saiznya menyebabkan ia tidak dapat menembusi secara mendalam. Oleh itu, ia kekal di tahap atas, tempat isipadu tambahan lebih penting.
Kesan kedua ialah kelembapan dan keanjalan di tahap bawah: Helaian HA “berat molekul rendah” yang halus mampu menembusi ke dalam permukaan kulit. Di sana, ia meningkatkan dan mengimbangkan tahap kelembapan dalaman kulit, menjadikan kulit lebih terhidrat dan lebih anjal lama-kelamaan.
Cara Mengguna
UNTUK MENGAKTIFKAN PRODUK
Sebelum menggunakan produk, anda mestilah mengaktifkannya seperti berikut:
Tanggalkan penitis daripada botol serum dan gantikan dengan penutup pengaktifan. Untuk memudahkan anda, kartonnya telah direka untuk meletakkan penitis semasa beberapa langkah berikutnya.
Tekan butang di atas Penutup dengan kuat untuk mengeluarkan serbuk Vitamin C Tulen 100% ke dalam serum.
Goncang dengan kuat selama 30 saat hingga serbuk betul-betul larut.
Gantikan penutup pengaktifan dengan penitis.
UNTUK MENYAPU PRODUK SELEPAS PENGAKTIFAN AWAL
Setiap pagi dan malam selepas membersih dan menyegarkan kulit anda, letakkan 4-5 titik rawatan diaktifkan ke tapak tangan anda kemudian sapu pada muka dengan hujung jari.
Sapu menyeluruh dengan memberi tumpuan pada garis ekspresi yang ketara sambil mengelak daripada terkena mata. Susuli dengan pekatan dan pelembap penjagaan kulit harian.
Masa untuk Botol Baru
Apabila Rawatan Vitamin C + HA Termaju yang diaktifkan menghampiri tempoh 30 hari, pelanggan mungkin melihat warna kuning mula terbentuk dalam rumusan. Ini merupakan petunjuk visual yang membantu menunjukkan produk hampir di penghujung puncak kemujarabannya dan sudah tiba masanya untuk memesan botol baru. Walaupun produk kekal selamat untuk digunakan, kami sarankan agar mengaktifkan botol baru selepas 30 hari.
Pelanggan Sasaran
Produk ini disasarkan untuk wanita berusia 22-50+ yang kulit mukanya hilang kepadatan dan kegebuan serta berminat untuk mengurangkan garis ekspresi yang ketara dan menyerlahkan penampilan yang lebih muda.
Nasihat/Langkah Keselamatan
Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
Elakkan terkena mata.
Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
Jangan sapu pada kulit yang merekah.
Jauhkan daripada kanak-kanak.
Penyimpanan
Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
Kandungan
Cecair 12ml, Serbuk 0.61g
PENYELESAIAN PROFESIONAL. HASIL PROFESIONAL.
Alami manfaat yang standing dengan prosedur dan rawatan profesional naum selamat dan selesa digunakan di rumah anda sendiri.