Masa depan kulit anda bermula sekarang
Gel Pembersih essentials by ARTISTRY
Dengan Pencuci Muka Gel essentials by ARTISTRY kulit anda bersedia untuk dimanjakan. Ia merupakan gel lembut, berasaskan air dan bebas minyak yang benar-benar membersihkan kulit anda. Biarkan kualiti berkhasiat timun dalam pencuci muka gel ARTISTRY ini melakukan tugasnya dan alami kulit yang segar dan lembut.
PEMBERSIH GEL ESSENTIAL ANDA
Pencuci Muka Gel essentials by ARTISTRY menjadikan kulit terasa segar dan lembut. Walaupun sistem pembersihan yang lembut, ia membersihkan kulit secara mendalam dan berkesan. Mengandungi sebahagian besarnya timun serta kaya dengan polifenol dan asid askorbik (bentuk semula jadi Vitamin C), pencuci muka gel ini mengurangkan minyak berlebihan dan mengekalkan pH semula jadi kulit anda. Pencuci Muka Gel essentials by ARTISTRY juga membantu dalam mengurangkan pigmentasi kulit.
MULAKAN DARI MUDA, MULAKAN SEKARANG
Memulakan regimen penjagaan kulit asas yang baik pada usia muda adalah penting kerana cara anda menjaga kulit anda sekarang akan menentukan wajah anda sepanjang hayat anda. Jadi, jika anda ingin mengekalkan kesihatan kulit yang baik dan seri keremajaan untuk tempoh yang lama, mulalah menjaga kulit anda lebih awal! Jadikan essentials by ARTISTRY sebagai pengalaman penjagaan kulit anda yang pertama.
#ARTISTRY PERTAMA SAYA
Dengan formula inovatif, essentials by ARTISTRY secara unik menangani keperluan dermatologi kulit muda. Dibuat dengan ekstrak Ceri Aserola Nutrilite organik dan bahan-bahan botani yang terbaik, essentials by ARTISTRY berkesan merawat kulit berminyak, akne dan liang-liang yang terbuka – masalah kulit yang sangat biasa dalam kalangan mereka yang berumur 18 – 25 tahun.
BAHAN UTAMA
Ceri Aserola NutriliteTM organik kami adalah bahan utama essentials by ARTISTRY. Dipetik apabila kepekatan vitamin C berada pada tahap puncaknya, sebiji Ceri Aserola hijau mempunyai lebih banyak vitamin C berbanding sebiji oren bersaiz sederhana.
Cara Mengguna
Basahkan muka dan tangan dengan air suam. Picitkan pembersih sebesar badam ke tapak tangan dan gosok hingga berbuih. Urut perlahan-lahan pada muka dan leher. Bilas sebersih-bersihnya.
Pelanggan Sasaran
Bagi mereka yang berumur 18 – 25 tahun dengan kulit berminyak, akne dan liang-liang yang terbuka.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    125ml

    MULAKAN SEWAKTU MUDA, MULAKAN SEKARANG

    Secara unik menangani keperluan dermatologi kulit muda. #my1stARTISTRY