Likuoris mengandungi asid glisirizik yang digunakan secara meluas sebagai penawar herba Cina disebabkan sifat antikeradangannya yang juga menguatkan keimunan dan kesihatan pernafasan. Ia juga digunakan sebagai perisa dalam makanan dan minuman.
1
Kunyit adalah rempah yang amat dikenali dalam masakan India dan Melayu. Ia juga penawar herba kerana mengandungi sifat antikeradangan dan antioksidan. Kunyit mengandungi kurkumin yang tidak mudah diserap oleh tubuh. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan teknologi pemikrokapsulan, kadar penyerapannya boleh ditingkatkan untuk memaksimumkan manfaat kesihatan.
2
Rujukan